
Sekian lama aku meninggalkan dunia cyber ini rindu rasanya hati melihat serta membaca telatah teman-teman blogger, pelbagai isu yang dilontarkan, tak ketinggalan juga ada yang meluahkankan perasaan, biar apa pun itulah penyeri kehidupan.
Lama sungguh aku tidak menulis sesuatu, mungkin kerana sibuk dengan pelbagai urusan kerja baruku, ditambah lagi kesukaran untuk mempostingkan sesuatu artikel, aah.. pe pun hidup & perjuangan perlu diteruskan,
Kira-kira lama juga aku telah meninggalkan dunia student, satu dunia yang tidak akan aku lupakan, dunia dimana aku kenal apa dia erti tarbiyah, apa erti berjemaah, serta apa erti tolak ansur dalam jemaah. Kini segala nya berubah, dulu teori, tetapi kini realiti, dulu retorik , tapi kini kenyataan yang pasti.
Sesungguhnya aku sangat merindui "mereka" semoga Allah tetapkan mereka didalam perjuangan suci Mu ini Ya Allah..
Kali ini aku ingin berkongsi sesuatu yang aku tempohi sewaktu di PRK Bagan Pinang, sesuatu yang membuat aku berfikir dan aku mengerti betapa perlunya aku bersyukur kerana aku diberi hidayah cahaya kebenaran,
aku ditugaskan sebagai PACA bagi undi POS, Undi penentu keputusan bagi DUN Bagan Pinang. aku ditempatkan bersama teman-teman dari parti lawan yang kesemuanya berumur dan lebih-lebih lagi kesemuanya adalah bekas tentera, nyata kesemuanya adalah memang berpengalaman dan sangat mengenali pengundi-pengundi di Kem tersebut, ketua mereka seorang Mejar(B) yang baik dan permah orangnya, sepanjang aku duduk bersembang denagn mereka pelbagai aku dapat aku temui antaranya, seungguhnya akhlak kita sangat berbeza denagn mereka dari segi topik perbualan, cara pergaulan dan lebih-lebih lagi dari segi ilmu agama, Ya Allah aku bersyukur atas hidayah serta taufiqMu... amin.
" Barang siapa Allah inginkan kebaikkan kepadanya, Allah akan memberi dia faham akan Agama".
bersambung.......





